Thursday, October 25, 2007

Kata-kata akhir & penghargaan..

Saya Wan Muhamad Faisal Bin Wan Zahidi(A116985)ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah membantu menjayakan blog ini, terutama kepada Prof. Madya. Dr. Hamzah Bin Jusoh dan Pn.Marsitah Mohd Radzi selaku pensyarah kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar yang banyak memberi nasihat dan panduan dalam membentuk sesebuah blog penyelidikan. Seterusnya,kepada rakan-rakan terutama ahli Kumpulan Urban@zone terdiri daripada Anas, Kak Azie dan Eda yang sentiasa bersama-sama saya selama menjalankan program penyelidikan dan saya ingin memohon maaf jika terdapat salah silap ketika menyiapkan hasil penyelidikan.Diharapkan blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada semua..

Sekian,

Wassalam...

Di sebalik kajian…tersurat dan tersirat..

Melalui pengalaman semasa menjalankan kerja lapangan di Bandar Kota Tinggi, Johor dengan tajuk kajian Masa Depan Perniagaan Berskala Sederhana, saya dapati pelbagai persoalan tersirat yang sukar kita fahami yang dapat dilihat sendiri sekitar Kota Tinggi selepas bencana banjir melanda daerah tersebut. Antaranya,

i. Mengapakah Perniagaan berskala sederhana yang terdapat di Kota Tinggi didemonasi oleh hanya satu kaum iaitu kaum Cina?
ii. Mengapakah Perniagaan berskala sederhana seperti pasaraya, kedai elektrik, kedai perabot dan kedai kereta adalah dimiliki oleh kaum Cina.
iii. Di mana perniaga bumiputera lain terutama kaum Melayu?
iv. Adakah kaum bumiputera lain kurang pandai berniaga atau takut menghadapi risiko berniaga?

Inilah persoalan yang ingin saya bangkitkan. Saya bukan hendak memperkecilkan kebolehan dan kemampuan kaum bumiputera lain dalam kancap perniagaan tetapi ingin melihat perbezaan besar yang terdapat di antara perniaga kaum Cina dengan yang lain. Kita tetap berbangga kerana masih terdapat banyak perniagaan besar yang dimliliki oleh usahawan bumiputera termasuk Kumpulan Naza Sdn.Bhd, MK. Land, Mydin dan banyak lagi.

Dari pemerhatian dan tinjauan di sekitar Bandar Kota Tinggi saya dapati kebanyakan perniagaan berskala sederhana dimiliki oleh kaum Cina dan para responden yang kumpulan saya adalah 98 peratus terdiri daripada kaum Cina. Perkara inilah yang seharusnya kita bincang dan hurai bersama. Dari pembacaan di dalam rencana yang bertajuk Di sebalik jaringan buluh oleh Megat Mohd. Hisemudin di dalam Utusan Malaysia menyatakan “dalam perniagaan bangsa Cina membentuk gabungan yang mempunyai jenis perniagaan yang sama atau gabungan peniaga setempat. Dari sekecil-kecil perniagaan seperti persatuan peniaga kedai kopi, persatuan pemborong binaan sehinggalah kepada persatuan yang mengendalikan perniagaan berjuta-juta ringgit. Sesungguhnya ikatan dan kesepakatan dalam ‘Gong Hui’ inilah yang merapatkan serta menjadi benteng kekuatan kepada peniaga-peniaga kaum Cina dalam memperjuangkan kepentingan ahli-ahlinya” Jalinan ini juga telah teruji dapat membantu para usahawan Cina keluar daripada kemelut ekonomi tahun 1997 sedangkan ramai peniaga atau usahawan Melayu gulung tikar.

Dari kenyataan di atas jelas kepada kita kesepakatan dan keyakinan dalam menjalankan sesebuah perniagaan amat perlu dititik beratkan. Ini penting bagi mengembangkan perniagaan.

Sebagai kesimpulannya, tidaklah mudah bagi kita untuk meniru cara perniagaan yang diamalkan oleh orang Cina, namum kita tetap perlu yakin dan percaya bahawa terdapat model yang sesuai dan efektif bagi memajukan perniagaan bumiputera di samping mengamalkan nilai-nilai murni dalam berniaga. Oleh itu, semua pihak harus sedar dan bekerjasama dalam meningkatkan taraf golongan perniaga dan usahawan bumiputera di Malaysia.

Thursday, October 11, 2007

RUMUSAN OBJEKTIF KAJIAN PENYELIDIKAN

Kesimpulannya, kajian penyelidikan yang kami jalankan telah mencapai objektif yang telah disasarkan. Objektif-objektif yang ingin dicapai telah dinyatakan secara terperinci dalam bahagian penemuan kajian. Objektif yang kami sasarkan iaitu mengenalpasti dan menganalisis impak yang diterima oleh pemilik perniagaan selepas fenomena banjir dan memperoleh cadangan-cadangan yang sesuai bagi meminimakan kerugian yang dialami oleh peniaga berskala sederhana khususnya di Bandar Kota Tinggi.

Selain itu, dari segi cadangan-cadangan yang diberikan oleh pihak responden kami telah menganalisis, malah ia juga akan memberikan sedikit maklumat dan panduan untuk kami. Melalui cadangan yang diberikan oleh pihak responden kami dapati ia dapat mengurangkan impak yang terpaksa ditanggung oleh pihak yang terlibat Cadangan-cadangan ini juga amat berguna dalam pembangunan sesebuah bandar.

Akhir sekali, kami berharap kajian penyelidikan yang dilakukan ini dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami secara khususnya dan memberikan maklumat yang berfaedah kepada semua.

PENDAPAT DAN CADANGAN RESPONDEN

Pandangan dan persediaan responden dalam menghadapi bulan Disember dan Januari nanti.

Kaedah yang diguna pakai untuk pencapaian objektif ini adalah kaedah soal selidik. Hasil kajian penyelidikan yang dibuat melalui 30 set borang kaji selidik yang dibuat, kami mendapati hanya 20 responden yang menjawab soalan ini. Terdapat beberapa persediaan yang hampir sama diberikan oleh pihak responden iaitu premis perniagaan dalam persediaan menghadapi bulan Disember dan Januari nanti: Persediaan-persediaannya adalah seperti berikut:

1.Premis perniagaan barangan makanan dan pakaian, pihak pengurus membuat perancangan dan persediaan adalah dengan mengurangkan stok barangan tersebut bagi memudahkan proses mengangkat barang-barang.

2.Syarikat barangan elektrik dan perabot juga membuat persediaan dengan perancangan pengurangan stok kemasukan bekalan barang-barang bagi memastikan syarikat mereka tidak mengalami kerugian seperti tahun lalu.

3.Premis perniagaan seperti klinik-klinik dan kedai yang beroperasi 24jam juga membuat perancangan dan persediaan sekiranya berlaku kejadian banjir seperti tahun lalu , pihak mereka akan mengemaskini data-data dan cuba untuk berpindah ke premis yang lebih selamat.

4.Pengusaha-pengusaha kedai tekstil akan membuat persediaan dengan mengangkat kain-kain yang ada pada bahagian bawah akan dipindahkan pada tingkat atas untuk berjaga-jaga sekiranya kejadian banjir berlaku seperti tahun lalu.

5.Persediaan-persediaan lain yang turut dinyatakan oleh pihak responden jika berlaku kejadian banjir adalah seperti ingin menutup kedai dan ingin mencari tapak kedai baru, menyediakan pengankutan yang sesuai untuk menyelamatkan barangan perniagaan mereka serta akan peka terhadap keadaan cuaca pada bulan tersebut.

PENCAPAIAN OBJEKTIF

MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGURANGKAN BEBAN KERUGIAN YANG DITANGGUNG DIKALANGAN PENIAGA BERSKALA SEDERHANA.

Cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh pemilik peniaga berskala sederhana telah dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu bantuan,berkenaan sungai dan longkang, pengangkutan, amaran awal, dana kewanagan, sumber air bersih, sisa banjir dan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

1.Bantuan
i-Tidak memilih kasih dalam memberikan bantuan terhadap mangsa
ii-Saluran bantuan kerajaan dengan lebih efisien dan sistematik
iii-Tindakan awal oleh pihak yang bertanggungjawab

2.Sungai / longkang
i-Pihak yang bertanggungjawab perlu pastikan aliran air sungai (SISTEM) berjalan dengan lancar.
ii-Memdalamkan Sungai Johor
iii-Membesarkan longkang di kawasan Bandar

3.Pengangkutan
i-Menyediakan pengankutan untuk memudahkan pemindahan barang-barang mangsa ke tempat yang lebih selamat.

4.Dana kewangan
i-Menyediakan dana modal untuk peniaga memulakan kembali perniagaan setelah banjir.
ii-Pihak kerajaan memberi bantuan untuk mengurangkan bantuan yang dihadapi.

5.Sumber air

i-Menyediakan sumber air yang bersih sebelum banjir untuk kegunaan ketika banjir.

6.Perhatian dari pihak tertentu
i-Pihak berkuasa perlu memberikan lebih perhatian terhadap mangsa banjir pada masa hadapan.
ii-Pihak kerajaan perlu pastikan infrastruktur perlu diselenggara terlebih awal sebelum kejadian banjir.

ANALISIS CADANGAN

Hasil daripada perbincangan kumpulan kami, kami telah menganalisis bentuk-bentuk cadangan yang telah diutarakan oleh pemilik perniagaan (mangsa banjir) semasa kami menjalankan soal selidik terhadap mereka.

Dari segi bentuk bantuan, dapat dianalisiskan bahawa pemilik perniagaan inginkan ketelusan dalam menyalurkan bantuan tanpa memilih kaum, tempat tinggal serta fahaman politik. Saluran bantuan yang diberikan juga perlulah sistematik dan efisien. Kumpulan kami berpendapat bahawa saluran bantuan yang diberikan perlulah terancang dan adil terhadap semua mangsa tanpa memilih kasih. Selain itu, pihak bertanggungjawab yang menyalurkan bantuan juga perlulah merancang dengan teliti proses semasa memberikan bantuan dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan kelewatan bantuan, mangsa yang tidak mendapat bantuan serta kelemahan-kelemahan lain. Contohnya kekurangan kakitangan dan pengankutan yang sesuai ketika banjir kerana perhubungan melalui jalanraya telah terputus.

Sistem saliran seperti sungai dan longkang juga telah menjadi subjek cadangan pemilik perniagaan (mangsa). Mereka mencadangkan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sistem saliran iaitu Jabatan Pengaliran Saliran(JPS) supaya menyelenggara sistem saliran tersebut sebelum tiba musim tengkujuh. Semasa kajian dijalankan pihak JPS sedang menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai. Kedalaman sungai secara tidak langsung akan menampung jumlah air yang banyak semasa musim tengkujuh dan telah membantu untuk mengurangkan risiko banjir.

Cadangan seterusmya yang diutarakan oleh pemilik perniagaan(mangsa) ialah pemberitahuan awal tentang kenaikan air yang boleh menyebabkan banjir. Pada pandangan kumpulan kami, pihak JPS iaitu yang menjaga pengairan dan saliran perlu lebih peka terhadap kenaikan air dan jika berlaku kenaikan air perlulah diberitahu kepada umum supaya persediaan awal sebelum banjir boleh dilakukan seperti menyelamatkan barang-barang, penyediaan makanan untuk mangsa banjir dan keperluan lain ketika banjir.

Bagi peniaga yang mengalami kerosakan barang-barang, stok perniagaan dan juga kelengkapan premis perniagaan, mereka mengharapkan dana modal daripada pihak kerajaan untuk kembali menjalankan perniagaan selepas banjir. Terdapat juga peniaga yang inginkan bantuan sekadar untuk mengurangkan beban kerugian mereka. Pada pandangan kumpulan kami, mereka tidak seharusnya memaksa kerajaan untuk memberikan mereka dana modal. Hal ini adalah kerana peruntukan kerajaan adalah amat terhad. Pemilik perniagaan seharusnya faham tentang cirri-ciri usahawan iaitu menanggung risiko pernigaan.

Seterusnya, melalui cadangan yang diperolehi daripada pihak responden, pelbagai cadangan yang perlu dititik berat bagi mengatasi masalah banjir di Kota Tinggi. Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan dan masyarakat sekitar perlu bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah

ANALISIS PENEMUAN KAJIAN

PENGENALAN Kajian penyelidikan yang akan kami jalankan

berkaitan hartanah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan sesuatu Bandar. Kajian penyelidikan kami telah dijalankan pada 1hb hingga 2hb September 2007 di Bandar Kota Tinggi, Johor. Kajian ini memfokuskan kepada impak dan masa depan premis perniagaan selepas fenomena banjir melanda pada penghujung bulan Disember 2006 hingga Januari 2007.

Sasaran kami ialah untuk menjalankan kajian penyelidikan terhadap syarikat dan premis perniagaan yang berskala sederhana. Responden yang diperlukan dalam menjalankan penyelidikan kami adalah terdiri daripada pemilik syarikat/premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi. 30 responden ini mewakili pemilik premis perniagaan telah berjaya kami perolehi. Responden kami adalah terdiri dari pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dam India. Antara jenis perniagaan berskala sederhana yang merupakan responden kajian ini adalah seperti kedai perabot, elektrik, tekstil, klinik-klinik, kedai motosikal dan lain-lain.

Objektif penyelidikan kami ialah mengenalpasti dan menganalisis impak yang diterima oleh pemilik perniagaan selepas fenomena banjir serta memperoleh cadangan-cadangan yang sesuai bagi meminimakan kerugian yang dialami oleh peniaga berskala sederhana di Bandar Kota Tinggi khususnya. Hasil dari pemerhatian dan kajian kami melalui borang kaji selidik kepada responden di Bandar Kota Tinggi, kami telah mendengar pelbagai pengalaman dan reaksi daripada responden-responden yang berjaya kami perolehi.

Seterusnya, kajian penyelidikan ini dapat disimpulkan pada bahagian penemuan kajian. Pencapaian objektif yang dicapai dalam kajian ini akan diterangkan pada bahagian dapatan kajian.

PENCAPAIAN OBJEKTIF-OBJEKTIF

MENGENALPASTI DAN MENGANALISA IMPAK YANG DIHADAPI ATAU DITERIMA OLEH PEMILIK SYARIKAT/PREMIS PERNIAGAAN (BERSKALA SEDERHANA) SELEPAS FENOMENA BANJIR.

Melalui soal selidik yang dijalankan, sebanyak 30 borang kaji selidik telah diedarkan kepada pemilik syarikat atau premis perniagaan berskala sederhana iaitu merupakan responden utama dalam kajian penyelidikan ini. Kajian penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisa impak yang dihadapi oleh pemilik perniagaan ketika dihadapi dan selepas kejadian banjir yang melanda di Kota Tinggi, Johor. Oleh yang demikian untuk mencapai objektif pertama kami telah mengklasifikasikan kepada dua keadaan iaitu ketika banjir dan selepas banjir yang melanda. Penilaian kepada objektif pertama ini di buat berdasarkan kepada dua keadaan dan menggunakan skala analisa yang telah ditetapkan. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada masalah yang timbul semasa kajian rintis yang dijalankan pada 2 September 2007 yang lalu. Antara masalah yang di kenalapasti ketika banjir melanda adalah seperti masalah kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan, perniagaan lumpuh atau tergendala, masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan sukar di perolehi, masalah kelewatan dalam menyalurkan bantuan dan masalah terputus perhubungan ketika banjir. Manakala bagi keadaan selepas banjir melanda terdapat beberapa masalah seperti masalah mencari dan membina perniagaan baru, mengalami kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula, masalah proses pembaikan, masalah kewangan lambat diterima dan masalah penyelenggaraan bahagian pentadbiran perniagaan juga akan dianalisa mengikut skala analisa yang ditetapkan. Skala analisa yang digunakan untuk mencapai objektif pertama adalah mengikut skala iaitu tidak setuju (1 markah), kurang setuju (2 markah), tidak pasti (3 markah), setuju (4 markah) dan amat setuju (5 markah). Jadual 1 menunjukkan taburan frekuensi untuk setiap keadaan iaitu ketika dan selepas fenomena banjir yang melanda di Kota Tinggi, Johor.

MENGANALISA IMPAK YANG DIHADAPI OLEH PEMILIK PERNIAGAAN KETIKA FENOMENA BANJIR YANG MELANDA

Kajian penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan peratusan masalah-masalah yang di hadapi oleh pemilik perniagaan yang di ambil daripada 30 set borang kaji selidik yang telah di edarkan. Melalui hasil kajian yang di perolehi menggunakan analisa skala seperti di atas dan jenis-jenis masalah yang di kenalpasti seperti A mewakili masalah kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan, B adalah masalah perniagaan lumpuh/tergendala, C adalah masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan sukar diperolehi, D adalah masalah berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan ketika banjir dan E adalah masalah terputus perhubungan ketika banjir. Hasil kajian didapati 60% berpendapat amat setuju dengan masalah kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah terputus perhubungan ketika banjir merupakan masalah paling tertinggi di catatkan yang di hadapi oleh pemilik perniagaan. Ini bermaksud bahawa 20 responden yang amat setuju dengan masalah ini sebagai masalah utama ketika banjir melanda. Manakala peratusan selebihnya iaitu sebanyak 40% setuju bahawa masalah kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah terputus perhubungan ketika banjir yang disumbangkan oleh 10 responden. Manakala masalah perniagaan lumpuh dan berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan ketika banjir yang telah menyumbang sebanyak 100% yang berpendapat amat setuju terhadap masalah tersebut. Maksudnya kesemua responden yang telah disoal selidik iaitu sebanyak 30 responden menyokong bahawam ia adalah salah satu impak yang paling ketara dihadapi oleh pemilik perniagaan ketika fenomena banjir melanda. Selain itu masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan sukar diperolehi menyumbang sebanyak 40% kurang setuju dan 30% tidak pasti merupakan impak banjir yang dihadapi oleh pemilik perniagaan ketika banjir. Disini dapat kita simpulkan bahawa masalah perniagaan lumpuh/tergendala dan berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan ketika banjir adalah paling tinggi peratusannya yang merupakan impak yang paling ketara yang terpaksa ditanggung oleh pemilik perniagaan ketika banjir melanda di Kota Tinggi, Johor. Masalah ini juga telah menyebabkan premis perniagaan mereka tidak dapat beroperasi sehinggalah keadaan banjir beransur pulih seperti sedia kala. Impak ini telah memberi kesan mendalam terhadap pemilik premis secara khususnya dan pekerja secara amnya.

MENGANALISA IMPAK YANG DIHADAPI OLEH PEMILIK PERNIAGAAN SELEPAS FENOMENA BANJIR YANG MELANDA.

Kajian penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan peratusan masalah yang dihadapi oleh pemilik perniagaan selepas kejadian banjir yang melanda. Hasil dapatan kajian diperolehi daripada 30 set borang kaji selidik yang telah diedarkan dan terdapat beberapa masalah yang tersenarai dalam rajah di atas dan A mewakili masalah mengalami kerugian yang teruk, B adalah masalah menghadapi masalah mencari dan membina perniagaan baru, C adalah masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula, D adalah masalah proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adalah mengambil tempoh yang agak lama, E adalah masalah bantuan kewangan lambat diterima dan F adalah wujudkan masalah penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran. Melalui hasil penyelidikan ini terdapat beberapa masalah utama iaitu, masalah kerugian yang teruk dan ,masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan dan masalah bantuan kewangan lambat diterima telah menyumbang sebanyak 100% atau kesemua responden iaitu sebanyak 30 pemilik perniagaan berpendapat amat setuju terhadap masalah tersebut. Masalah-masalah ini merupakan masalah yang paling ketara selepas fenomena banjir melanda. Manakala sebanyak 60% iaitu 20 responden berpendapat setuju bahawa menghadapi masalah mencari dan membina perniagaan baru dan masalah proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adalah mengambil tempoh yang agak lama adalah sebagai masalah sederhana yang terpaksa ditanggung oleh mereka selepas fenomen banjir. Peratusan selebihnya iaitu 40% bersamaan 10 responden yang bersetuju terhadap masalah ini. Selain itu bagi masalah penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran menyumbang kepada 40% iaitu berpendapat setuju dan 60% adalah berpendapat kurang pasti. Kesimpulannya impak yang paling ketara terpaksa ditanggung oleh pemilik perniagaan adalah masalah kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula dan masalah bantuan kewangan lambat diterima adalah yang paling tinggi dicatatkan. Masalah-masalah ini telah memberi impak yang negatif kepada premis perniagaan dalam membangunkan semula perniagaan mereka.

Friday, September 28, 2007

Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perniagaan, di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia yang terlrtak di Putarajaya . Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia . Di Malaysia. Wilayah persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.
Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972. Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan telah menjadi sebab kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.
Sektor pelombongan telah menyebabkan kemasukan beramai-ramai migrasi pelombong cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud telah mewarnai budaya di Malaysia yang unik dan pelbagai hingga ke hari ini.
Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah tradisional kepada bangunan moden seperti Stadium Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, dan seterusnya kini memiliki Menara Kuala Lumpur dan Menara Petronas yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.
Kini, Kuala Lumpur telah menjadi salah satu bandaraya yang termaju khususnya di Asia Tenggara yang berkembang dengan pesat dari pelbagai sektor, termasuk sektor ekonomi, sosial dan politik. Kepesatan sektor-sektor inilah yang harus dikekalkan oleh semua rakyat agar pembangunan Kuala Lumpur dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sunday, September 23, 2007

Johor cipta sejarah baru -- Wilayah Pembangunan Iskandar bakal dijadikan bandar raya metropolis

Oleh Zaharuddin Mohd. Ali dan Lukman Ismail

Dari Utusan Malaysia


JOHOR BAHRU 4 Nov. – Kerajaan hari ini secara rasmi melancarkan pelan pembangunan terbesar dalam sejarah negara ini bagi mengubah sebuah kawasan seluas 2 1/2 kali Singapura di selatan Johor kepada sebuah bandar raya metropolis.
Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.
Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.
Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.
Berucap pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menjayakan pembangunan wilayah baru ini, sebanyak RM4.3 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan.
Pada masa yang sama, katanya, syarikat milik kerajaan (GLC), seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Abdullah yakin, WPI dijangka mampu menarik pelaburan awal bernilai RM10 bilion.
WPI dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail di Teluk Danga di sini.
Ketika bertitah pada majlis itu, baginda menyampaikan rasa gembira kerana negeri Johor dipilih sebagai pusat pertumbuhan itu dan berharap WPI membuka peluang kepada semua pihak.
“Saya harap wilayah selatan Johor ini akan membuka peluang kepada kita semua, yang faedah-faedahnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Johor.
“Saya yakin ia akan berjaya dengan kerjasama dan muafakat semua pihak. Muafakat membawa berkat,” titah baginda.
Kira-kira 5,000 orang menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, beberapa menteri Kabinet, ahli-ahli Exco dan pegawai kanan kerajaan di samping tokoh-tokoh korporat.
Antara menteri Kabinet yang hadir termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek.
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.
Keunikan WPI juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru.
Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan yang besar untuk membangunkan ekonomi Johor.
Pada majlis itu, baginda turut mencemar duli meletakkan kapsul masa sebagai ikonik pembangunan tersebut yang akan disimpan sehingga tahun 2025.



Ulasan laporan akhbar.

Dari Utusan Malaysia 4 November 2006


Petikan melaporkan tentang pelancaran pelan pembangunan terbesar dalam sejarah negara bagi mengubah kawasan seluas 2 ½ kali Singapura di selatan Johor kepada sebuah bandar raya metropolis. Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara. Berucap pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menjayakan pembangunan wilayah baru ini, sebanyak RM4.3 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan WPI dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail di Teluk Danga.Ketika bertitah pada majlis itu, baginda menyampaikan rasa gembira kerana negeri Johor dipilih sebagai pusat pertumbuhan itu dan berharap WPI membuka peluang kepada semua pihak. Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Pada pandangan saya, pelancaran ini WPI adalah satu langkah terbaik yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan sesebuah kawasan. WPI akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menjalankan sesebuah projek berskala besar di kawasan itu pada masa akan datang. Selain itu, WPI juga akan kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.

Rencana: Lestari bangunkan negara

Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA

dari Utusan Malaysia


PROSES pembangunan yang berlaku di negara ini setelah 50 tahun merdeka memang amat membanggakan. Daripada mata kasar dari segi bangunannya sahaja, kita mempunyai bangunan pencakar langit yang setanding dengan negara-negara Barat.
Lebuh raya-lebuh raya dan sistem pengangkutan walaupun mempunyai beberapa kelemahan namun secara amnya berada dalam keadaan baik.
Ini tidak termasuk segala prasarana yang dibangunkan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kemajuan perindustrian dan teknologi begitu pesat berlaku hinggakan tidak keterlaluan jika dikatakan Malaysia adalah antara sepuluh negara sedang membangun yang maju dari segi pembangunannya.
Namun kita harus ingat pertumbuhan ekonomi yang begitu pantas di Malaysia ini dijanakan oleh kemewahan sumber semula jadi dan bahan mentah.
Sehubungan itu, harus diperhatikan dengan serius bahawa segala sumber kekayaan semula jadi yang kita ambil atas nama nilai ekonomi negara itu akhirnya akan pupus.
Jika pembangunan berteraskan penerokaan sumber asli masih diamalkan (termasuklah pemotongan hutan demi pembangunan) tanpa memikirkan had dan batasnya, kita akan berhadapan dengan situasi kepupusan sumber asli pada abad ke-21.
Sebab itu kerajaan mewujudkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memantau dan mengawasi keadaan alam sekitar dan sumber asli negara.
Namun dalam hal ini kita harus melihat kepada beberapa perkembangan yang berlaku sebelum ini yang ternyata menjejaskan alam sekitar di negara ini.
Pertamanya, corak pembangunan yang meluncur laju pada abad lalu. Walaupun kerajaan telah memberikan amaran supaya mengamalkan bentuk pembangunan mapan tetapi banyak sektor swasta yang ghairah dengan kemajuan dan keuntungan telah mengabaikannya demi pembangunan berterusan.
Kes Highlands Tower masih tidak menjadi pengajaran kepada pembangunan hartanah, perumahan dan bangunan bagi sektor swasta. Mereka masih membina projek-projek perumahan semahu-mahunya di lereng-lereng bukit yang curam tanpa menghiraukan nasihat dan amaran kerajaan.
Jika kegiatan komersial yang tidak prihatin terhadap alam sekitar terus berlaku maka akan terdapat sedikit sumber semula jadi yang hendak diperbaharui.
Jika hutan terus dicerobohi, sungai dan lautan dicemari bayangkan apa akan jadi kepada sumber bernilai kita ini.
Dan keduanya, dari segi pembangunan industri dan perkilangan yang mencemari alam melalui penghasilan bahan cemar dan bertoksik akan menghasilkan output tetap dalam gas rumah hijau, bahan toksik, sisa berbahaya dan bebanan organik ke dalam alam sekitar.
Menjejaskan
Ini menjejaskan keupayaan semula jadi hutan, lautan, tanah dan atmosfera bagi menyerap bahan cemar. Keadaan ini tentunya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia untuk mendapat udara yang bersih dan segar bagi menyambung proses pembangunan yang begitu pesat berkembang di negara ini.
Apalah ertinya pembangunan pesat yang dicapai rakyat negara ini setelah 50 tahun merdeka jika ditandai dengan keadaan persekitaran yang tidak selamat untuk hidup.
Kita juga tidak mahu kualiti hidup yang buruk menjejaskan kesihatan warganegara dan menjadikannya tidak cergas untuk bekerja.
Kepesatan pembangunan negara harus diimbangi dengan alam sekitar yang sihat supaya rakyat Malaysia dapat hidup sihat dan cergas.
Namun apa yang kita bimbangkan ialah sejak kemerdekaan, transformasi negara kepada ekonomi industri, fenomena pencemaran dan pencemaran sumber telah berlaku ke atas sungai, tanah paya, alam sekitar marin dan pusat-pusat bandar.
Kesan yang memudaratkan itu begitu berleluasa di bukit-bukit, pantai-pantai dan hutan-hutan yang terus merubah kehidupan dan habitat stabil ke dalam ekosistem yang merosakkan.
Penebangan dan kegiatan pembersihan hutan berterusan jika tidak dikawal akan menjejaskan kualiti sungai dan paya malah berupaya untuk mempengaruhi perubahan iklim dan kenaikan keseluruhan dalam suhu yang menimbulkan lebih banyak masalah kepada kehangatan di bandar.
Selain itu kejadian banjir kilat di bandar-bandar besar dan kecil setiap kali hujan lebat dalam jangka masa dua hingga empat jam juga dikaitkan dengan penebangan hutan dan penarahan bukit yang berlebihan.
Selain itu sisa yang tidak dirawat dan amalan pembuangan sisa toksik secara haram juga menyumbang kepada masalah di tempat kerja di bandar dan luar bandar dan membawa kepada tercetusnya penyakit, keracunan dan kesan-kesan lain yang tidak menyihatkan.
Mengekalkan kadar pertumbuhan tinggi yang tidak mesra alam atau tidak menjaga keseimbangan dan kepentingan alam sekitar tidak membawa kepada suatu bentuk pembangunan mapan.
Kemerosotan alam sekitar dapat dilihat dalam lingkungan fizikal dan sosial. Ciri-ciri ekosistem tidak sihat yang disebutkan sebelum ini dengan mudahnya dapat dikaitkan kepada salah pengurusan dalam sumber aslinya.
Kemerosotan ini menjadi lebih bermasalah lagi apabila pertimbangan ekologi tidak menjadi sebahagian daripada proses perancangan sehinggakan kesan buruknya dapat mengetepikan saja perolehan yang diperoleh daripada kemanfaatan pertumbuhan.
Setelah 50 tahun Malaysia merdeka, keprihatinan alam sekitar tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang terpisah daripada wawasan pembangunan negara.
Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap keprihatinan alam sekitar amat sesuai dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Kita tidak mahu tinggal dalam sebuah negara yang teruk dicemari oleh pencemaran udara, sungai, laut dan bunyi.
Projek menanam pokok yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini adalah amat digalakkan.
Kita tidak mahu hutan, payabakau dan bukit kita digondol dan dimusnahkan oleh pembangunan yang memusuhi alam sekitar. Warga Malaysia juga tidak mahu setelah 50 tahun merdeka mereka hidup dalam sebuah persekitaran yang mempunyai kualiti hidup yang buruk.
Dalam segala penggubalan dasar dan membuat keputusan kerajaan memerlukan konsep pembangunan mapan dalam pencapaiannya. Tanpa menggabungkan kesan alam sekitar, pembangunan ekonomi akan mengalami kehausan dalam asas sumber aslinya.
Oleh itu setiap dasar, pelan dan undang-undang yang baik tidak harus berada di atas kertas sahaja kerana ia juga perlu dikuatkuasakan.

Ulasan rencana akhbar

Rencana menerangkan tentang proses pembangunan yang berlaku di Malaysia pada masa kini dan kesan terhadap kemajuan negara serta alam sekitar. Namun dalam hal ini kita harus melihat kepada beberapa perkembangan yang berlaku sebelum ini yang ternyata menjejaskan alam sekitar di negara ini.
Pertamanya, corak pembangunan yang meluncur laju pada abad lalu. Walaupun kerajaan telah memberikan amaran supaya mengamalkan bentuk pembangunan mapan tetapi banyak sektor swasta yang ghairah dengan kemajuan dan keuntungan telah mengabaikannya demi pembangunan berterusan. Contoh kes Highlands Tower masih tidak menjadi pengajaran kepada pembangunan hartanah, perumahan dan bangunan bagi sektor swasta. Mereka masih membina projek-projek perumahan semahu-mahunya di lereng-lereng bukit yang curam tanpa menghiraukan nasihat dan amaran kerajaan.
Dan keduanya, dari segi pembangunan industri dan perkilangan yang mencemari alam melalui penghasilan bahan cemar dan bertoksik akan menghasilkan output tetap dalam gas rumah hijau, bahan toksik, sisa berbahaya dan bebanan organik ke dalam alam sekitar.
Ini akan menjejaskan keupayaan semula jadi hutan, lautan, tanah dan atmosfera bagi menyerap bahan cemar. Keadaan ini tentunya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia untuk mendapat udara yang bersih dan segar bagi menyambung proses pembangunan yang begitu pesat berkembang di negara ini.
Kualiti hidup yang buruk menjejaskan kesihatan warganegara dan menjadikannya tidak cergas untuk bekerja.Kepesatan pembangunan negara harus diimbangi dengan alam sekitar yang sihat supaya rakyat Malaysia dapat hidup sihat dan cergas.
Namun kini, transformasi negara kepada ekonomi industri, fenomena pencemaran dan pencemaran sumber telah berlaku ke atas sungai, tanah paya, alam sekitar marin dan pusat-pusat bandar. Kesan yang memudaratkan itu begitu berleluasa di bukit-bukit, pantai-pantai dan hutan-hutan yang terus merubah kehidupan dan habitat stabil ke dalam ekosistem yang merosakkan. Penebangan dan kegiatan pembersihan hutan berterusan jika tidak dikawal akan menjejaskan kualiti sungai dan paya malah berupaya untuk mempengaruhi perubahan iklim dan kenaikan keseluruhan dalam suhu yang menimbulkan lebih banyak masalah kepada kehangatan di bandar.
Selain itu kejadian banjir kilat di bandar-bandar besar dan kecil setiap kali hujan lebat dalam jangka masa dua hingga empat jam juga dikaitkan dengan penebangan hutan dan penarahan bukit yang berlebihan.
Dengan ini, pembangunan lestari perlu dijalankan dalam membangunkan negara agar kemajuan negara dapat diseimbangkan dengan alam sekitar.

Wednesday, September 19, 2007

PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

TENTATIF PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

SABTU: 01 SEPTEMBER 2007
08.00am: Berkumpul di Foyer FSSK
08.30am: Bertolak ke Kota Tinggi
02.00pm: Sampai di Kota Tinggi/Check In Hotel
03.00pm: Menjalankan kerja lapangan
06.00pm: Tamat sesi pertama kerja lapangan
07.00pm: Rehat dan Solat
08.00pm: Aktivii bebas/perbincangan kumpulan
11.00pm: Tidur

AHAD: 02 SEPTEMBER 2007
09.00am: Menjalankan kerja lapangan
02.00pm: Berkelah di Air Terjun Kota Tinggi/ Desaru (KIV)
03.00pm: Pulang
08.00pm: Aktiviti bebas/ perbincangan kumpulan
11.00pm: Tidur

ISNIN: 03 SEPTEMBER 2007
09.00am: Menjalankan kajian lapangan (di Bandar Kota Tinggi)
12.00pm: Check Out Hotel
01.00pm: Menjalankan kajian lapangan
04.00pm: Pulang ke UKM

Catatan kerja lapangan di Kota Tinggi

Kumpulan Urban@Zone

Hari pertama

Program bermula pada hari Sabtu, 1 September 2007. Semua pelajar yang mengikuti kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan Demografi Pembangunan bersama pensyarah Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh telah berkumpul di hadapan Foyer FSSK pada pukul 8.00 pagi. Kami bertolak dari UKM ke tapak kajian di Kota Tinggi pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki tiga buah bas. Pada kira-kira pukul 2.00 petang semua pelajar telah sampai ke destinasi yang dituju di Bandar Perlancongan Bersejarah Kota Tinggi, Johor. Setelah sampai pelajar dihantar ke tempat penginapan yang telah ditetapkan iaitu di Hotel Waterlilies bagi pelajar Lelaki manakala Hotel Pilton bagi pelajar perempuan. Selepas berehat selama satu jam kami telah memulakan program kerja lapangan sesi pertama. Kumpulan kami menggunakan borang soal selidik yang diserahkan kepada para responden bagi memungut data. Kami memperoleh data daripada responden iaitu dari kalangan pemilik perniagaan berskala di sekitar Bandar Kota Tinggi. Pada kira-kira pukul 6.00 petang kami pulang ke penginapan masing-masing. Pada sebelah malam kami mengadakan aktiviti bebas dan perbincangan bersama ahli kumpulan. Selepas selesai aktiviti tersebut kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.

Hari kedua

Hari kedua pada hari Ahad 2 September 2007 dimulakan dengan menyambung semula kerja lapangan sesi kedua di sekitar Bandar Kota Tinggi. Pada hari kedua ini, kami berjaya memperoleh sasaran 30 orang responden yang dikehendaki dalam memenuhi objektif kajian ini. Pada pukul 1.00 kami pulang semula ke hotel penginapan masing-masing untuk bersolat dan berehat. Pada pukul 2.00 petang kami dijangka akan pergi ke salah satu tempat pelancongan di Johor iaitu Air Terjun Kota Tinggi atau Desaru, namum program yang dirancang itu tidak dapat diadakan akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakan. Dengan itu kami hanya dapat bersiar-siar di tempat-tempat menarik sekitar Bandar Kota Tinggi sahaja. Pada sebelah malam seperti hari pertama kami melakukan aktiviti bebas dan perbincangan bersama ahli kumpulan.

Hari ketiga

Pada hari terakhir iaitu pada hari Isnin 3 September 2007 kami menjalankan kajian di bandar. Pada pukul 12.00 petang kami berkemas semua barangan untuk keluar dari hotel penginapan. Setelah selesai, kami bergerak ke pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi untuk memperolehi data sekunder. Di pejabat tersebut kami diberi maklumat oleh para pegawai-pegawai berkaitan tajuk kami iaitu dari bahagian kesihatan dan pelesanan peniagaan. Setelah selesai kami bertolak pulang ke UKM pada 4.00 petang.

Pandangan terhadap aktiviti kerja lapangan

Secara keseluruhan kami amat berpuas hati dengan hasil kajian yang kami jalankan ini, walaupun menghadapi sedikit masalah seperti pemilik perniagaan enggan bekerjasama, cuaca yang tidak menentu dan kelewatan berkumpul oleh para pelajar pada masa yang telah ditetapkan . Kami berharap segala data dan cadangan yang kami peroleh dalam kajian ini dapat sedikit sebanyak membantu bagi pembangunan di bandar-bandar seperti di Kota Tinggi. Di dalam menjalankan kajian ini juga banyak memberi pengalaman berguna kepada kami seperti mana yang telah diceritakan oleh para responden iaitu agar tidak mengabaikan alam sekitar dalam menjalankan sesuatu projek pembangunan. Ini kerana alam sekitar seperti sungai, hutan dan sebagainya amat penting kepada kehidupan manusia. Dengan itu, pembangunan lestari dan terancang haruslah digunakan agar pembangunan dan alam sekitar dapat diseimbangkan.

KERTAS KERJA DAN SOAL SELIDIK AKHIR YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN.

SKAD 2063
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

KUMPULAN: URBAN@ZONE

TAJUK KAJIAN : HARTANAH
“Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)
di Bandar Kota Tinggi”

NAMA PENSYARAH

Prof.Madya Dr. Hamzah Jusoh
Pn. Masitah Mohd Radzi


DISEDIAKAN OLEH:

1. Wan Muhamad Faisal Bin Wan Zahidi A116085
2. Anas Anzari Bin Abdul Halim A113093
3. Azmah Binti Zakaria A115715
4. Siti Zuraida Binti Mohd Khir Zaman A112479




KAJIAN PENYELIDIKAN

Kajian : Hartanah
Aspek : Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)
Lokasi : Bandar Kota Tinggi, Johor.

1.1 Pengenalan

Kajian penyelidikan yang akan kami jalankan berkaitan hartanah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan sesuatu Bandar.Kajian penyelidikan yang akan dijalankan adalah berdasarkan kajian rintis yang telah dibuat pada 2hb Ogos 2007 hingga 3hb ogos 2007. Kajian ini akan memfokuskan kepada impak dan masa depan premis perniagaan selepas fenomena banjir melanda pada penghujung bulan Disember 2006 hingga Januari 2007.

1.2 Persoalan kajian
Fokus kajian kami ialah kepada pengusaha premis perniagaan berskala sederhana sebagai responden utama dalam kajian ini. Bidang kajian yang dititikberatkan adalah berdasarkan kajian hartanah terhadap aspek impak dan masa depan perniagaan dalam pembangunan sesuatu bandar khususnya di Bandar Kota Tinggi.Kajian penyelidikan yang akan dijalankan adalah berdasarkan permasalahan kajian yang telah dikenal pasti. Oleh yang demikian kami telah memilih kajian penyelidikan tentang “Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana) di Bandar Kota Tinggi.

Permasalahan kajian yang telah dikenalpasti setelah kajian rintis yang telah dibuat di Bandar Kota Tinggi. Permasalahan kajian diperolehi apabila timbul isu-isu yang berkaitan premis perniagaan lumpuh iaitu tutup disebabkan fenomena banjir yang melanda di Bandar Kota Tinggi, malah apabila ramai pihak yang menceritakan saat-saat banjir yang melanda di kawasan mereka. Permasalahan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan penerangan berkaitan banjir oleh Ketua Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ketua Kampung Kelantan, JKK kampung, AJK Taman Kemang serta pemilik-pemilik kedai

yang telah menceritakan pengalaman mereka semasa banjir melanda di kawasan mereka dan kesan kepada perniagaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Kajian penyelidikan akan dilakukan setelah beberapa objektif yang telah disasarkan. Setelah permasalahan kajian dikenalpasti, kami telah membuat perancangan dalam merangka susunan peringkat kajian yang akan dibuat. Oleh sebab itu, kami telah menggariskan beberapa objektif yang akan dicapai serta kaedah atau metodologi yang akan digunakan dalam mencapai matlamat kajian penyelidikan ini.


1.3 Objektif Penyelidikan

Selepas kajian rintis yang dijalankan, objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:

I. Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan selepas fenomena banjir melanda.

II. Mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan beban kerugian yang ditanggung di kalangan peniaga berskala sederhana.


1.4 Skop Kajian

Lokasi kajian adalah di kawasan Bandar Kota Tinggi. Sasaran kami ialah untuk menjalankan kajian penyelidikan terhadap syarikat dan premis perniagaan yang berskala sederhana.

I. Bidang kajian:
Tertumpu kepada pemilik perniagaan yang berskala sederhana sahaja.Sebanyak 30 sampel soalan soal selidik telah dirangka. Kajian ini juga untuk mengenalpasti terhadap premis yang telah beroperasi selepas fenomena banjir yang melanda di kawasan ini iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi.



II. Responden:
Responden yang diperlukan dalam menjalankan penyelidikan kami adalah terdiri daripada pemilik syarikat/premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi. 30 responden ini mewakili pemilik premis perniagaan.

1.5 Metodologi Penyelidikan


Seterusnya bagi mencapai matlamat dan objektif sebenar kajian penyelidikan ini, terdapat beberapa prosedur yang telah diatur secara berperingkat agar segala maklumat dan data yang diperolehi dapat menjamin kelancaran perjalanan kajian penyelidikan yang bertajuk “Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)”.

Data-data untuk kajian ini dikumpulkan melalui beberapa cara, antara peringkat-peringkat kajian, ia boleh dipecahkan seperti berikut:


1.5.1 Kajian Literatur

Pada peringkat pertama, kajian literatur bertujuan untuk mendapatkan kefahaman konsep dan gambaran awal mengenai permasalahan yang wujud. Di peringkat pengumpulan data, kajian literatur membantu di dalam menambahkan maklumat dalam kajian penyelidikan yang akan dibuat pada 31 Ogos 2007 nanti, serta kaedah-kaedah yang diperlukan di dalam membuat penganalisisan maklumat kajian penyelidikan yang akan datang.

Kajian ini dimulakan dengan membuat kajian permulaan dengan membuat kajian literatur dan kajian rintis. Ia dijalankan dengan memahami tentang permasalahan yang wujud semasa iaitu ketika fenomena banjir melanda dan kesan selepas kejadian tersebut. Seterusnya rangka atau carta alir metodologi penyelidikan yang telah diaturkan akan lebih membantu dalam memantapkan lagi kajian penyelidikan yang akan dijalankan

Umumnya, perniagaan merupakan satu aktiviti urusan jual beli di antara satu pihak dengan satu
pihak yang lain. Dalam konteks kajian penyelidikan yang akan dijalankan , kajian ini berteraskan kepada objektif yang telah digariskan. Objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan selepas fenomena banjir melanda dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan beban kerugian yang ditanggung di kalangan peniaga berskala sederhana.

Bidang perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Menurut Gilder (1984), sesuatu perniagaan yang dijalankan ataupun lebih tepat lagi pembentukan urusniaga adalah penting untuk mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia menciota peluang pekerjaan yang baru, menambah keupayaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Ini dapat menunjukan bahawa pembangunan ekonomi dapat dikaitkan dengan pembangunan negara itu sendiri. Oleh itu, pembangunan yang

diinginkan hari ini dapat diselaraskan dengan pembangunan ekonomi negara yang stabil dengan berkembanganya sektor perniagaan di negara kita.

Perkembangan dalam bidang perniagaan dapat dikaitkan denagn pertambahan bilangan usahawan yang ada di negara kita. Bilangan individu yang menyertai bidang perniagaan juga telah meningkat dari setahun ke setahun.Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, sepanjang tempoh tahun1995 hingga tahun 2000 peningkatan dalam bilangan usahawan berlaku pada kadar 75.79%. Perkembangan bidang perniagaan di Malaysia adalah satu perkembangan yang sihat bagi menjamin kemajuan ekonomi di Malaysia secara amnya, malah memajukan negara kita secara khususnya.

Pelbagai faktor yang mendorong seseorang usahawan yang ingin menceburkan diri atau membuka perniagaan adalah seperti, Faktor persekitaran, keperluan asas untuk hidup, faktor demografi dan faktor persepsi masyarakat. Faktor-faktor ini dapat digunapakai dalam kajian penyelidikan yang kami kaji yang memfokuskan kepada fenomena banjir yang akan memberi impak sesuatu perniagaan. Perniagaaan tidak dapat dijalankan sekiranya faktor-faktor ini tidak dapat dipenuhi dan ia akan telah menghalang dalam proses perniagaan untuk berkembang maju.

Kajian penyelidikan yang akan dilakukan di Bandar Kota Tinggi adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana fenomena kejadian banjir di Kota Tinggi dapat mempengaruhi serta memberi kesan yang mendalam atau tidak kepada golongan peniaga di kawasan tersebut. Di sini kami ingin melihat samaada fenomena ini memberi kesan kepada golongan peniaga di Kota Tinggi serta menganalisis impak yang dihadapi oleh peniaga dan ingin melihat apakah masa depan golongan peniaga setelah fenomena banjir yang melanda di Bandar Kota Tinggi khususnya. Oleh yang demikian kami telah memilih tajuk “Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)” sebagai tajuk kajian penyelidikan.

BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A :LATAR BELAKANG SYARIKAT
ARAHAN :Bagi soalan 1 hingga 6, sila tandakan ( / ) pada jawapan-jawapan / jawapan pilihan anda.
1. Jantina pemilik perniagaan
a. Lelaki b. Perempuan

2. Bangsa
a. Melayu b. Cina c. India d. Lain-lain

3. Bilakah syarikat/premis perniagaan ditubuhkan?
a. Kurang 5 tahun
b. 4 – 10 tahun
c. 10 – 15 tahun
d. 15 tahun ke atas


4. Apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat/premis tuan/puan?

a. Perniagaan kain
b. Perniagaan kedai makan
c. Lain-lain
Nyatakan : …………………………

5. Berapakah bilangan pekerja di dalam syarikat/premis perniagaan tuan?
a. Kurang dari 10 orang
b. 11 – 20 orang
c. 21 orang ke atas

6. Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syrikat/premis perniagaan tuan/puan selepas kejadian banjir yang menimpa?
a. Kurang dari RM 5000
b. RM 5000 – RM 10 000
c. RM 10 000 – RM 20 000
d. RM 20 000 ke atas

BAHAGIAN B : Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan ketika dan selepas kejadian banjir.

ARAHAN :Bagi soalan (a) hingga (b), sila bulatkan jawapan yang sesuai.
RUJUKAN :
1- Tidak Setuju 2- Kurang Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5-Amat Setuju
(a) KETIKA
1. Kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan
1 2 3 4 5
2. Perniagaan lumpuh / tergendala 1 2 3 4 5

3. Masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan
sukar diperolehi 1 2 3 4 5

4. Berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan ketika banjir
1 2 3 4 5

5. Masalah terputus perhubungan ketika banjir
1 2 3 4 5

(b) SELEPAS
1. Mengalami kerugian yang teruk 1 2 3 4 5

2. Menghadapi masalah mencari dan membina
perniagaan baru 1 2 3 4 5

3. Memerlukan modal yang besar untuk membuka
perniagaan semula 1 2 3 4 5

4. Proses pembaikan untuk memulihkan keadaan
banjir adalah mengambil tempoh yang agak
lama 1 2 3 4 5

5. Masalah bantuan kewangan lambat diterima 1 2 3 4 5

6. Wujudkah masalah penyelenggaraan bahagian
penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran
perniagaan 1 2 3 4 5

7. Apakah persediaan tuan/puan dalam menghadapi bulan Disember dan Januari?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

BAHAGIAN C : CADANGAN

1. Apakah cadangan/langkah yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat (peniaga
@ masyarakat dalam meminimakan impak banjir bagi melancarkan proses perniagaan dalam pembangunan “Bandar” setempat?

i) _________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

Saturday, August 25, 2007

Pembetulan Kertas Kerja Kajian

TAJUK PENYELIDIKAN
Kajian : Hartanah
Aspek : Impak masa depan premis perniagaan
Lokasi : Bandar Kota Tinggi, Johor

Pengenalan
Kajian penyelidikan yang akan kami jalankan berkaitan hartanah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan sesuatu Bandar. Fokus kajian kami ialah pengusaha premis perniagaan berskala sederhana yang terdapat di Bandar Kota Tinggi yang terlibat di dalam kejadian banjir pada Disember 2006 dan Januari 2007.

Objektif

Selepas kajian rintis yang dijalankan, objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:

I. Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik syarikat/ premis perniagaan mahupun pekerja selepas fenomena banjir.
II. Mencadangkan langkah-langkah kepada pihak yang terlibat (kerajaan)@ masyarakat dalam mengatasi masalah banjir.


Skop Kajian

Lokasi kajian kami adalah di kawasan Bandar Kota Tinggi. Sasaran kami ialah untuk menjalankan penyelidikan terhadap syarikat dan premis perniagaan. Sebanyak 20 sampel soalan soal selidik telah dirangka. 20 responden ini mewakili pemilik premis perniagaan. Kajian ini juga untuk mengenalpasti terhadap premis yang telah beroperasi selepas fenomena banjir yang malanda di kawasan ini.

Responden

Responden yang kami perlukan dalam menjalankan penyelidikan kami adalah terdiri daripada pemilik syarikat/premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi.

Kaedah penyelidikan

Peringkat 1- Kajian rintis (3 Ogos 2007)

Perngkat 2- Pengumpulan data (31 Ogos-2 September

• Data utama

I. Soal selidik
II. Pemerhatian (secara fizikal)
III. Temubual

• Data sekunder

I. Kajian literature
- Buku
- Internet
¬¬- Tayangan video

Peringkat 3- Analisis data dan maklumat

Peringkat 4- Penulisan hasil kajian

SOALAN SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A :LATAR BELAKANG SYARIKAT
ARAHAN :Bagi soalan 1 hingga 7, sila tandakan ( / ) pada jawapan-jawapan / jawapan pilihan anda.

1. Jantina pemilik perniagaan
a. Lelaki b. Perempuan
2. Bangsa
a. Melayu b. Cina c. India d. Lain-lain

3. Bilakah syarikat/premis perniagaan ditubuhkan?
a. Kurang 5 tahun
b. 4 – 10 tahun
c. 10 – 15 tahun
d. 15 tahun ke atas

4. Sejak tahun 2000-2005 berapa banyakkah syarikat/premis perniagaan yang dijalankan di sekitar kawasan ini ?
a. Kurang dari 10 syarikat/premis perniagaan

b. 11 – 20 syarikat/premis perniagaan

c. 21 – 30 syarikat/premis perniagaan

d. 30 syarikat/premis perniagaan

5. Apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat/premis tuan/puan?

a. Perniagaan kain
b. Perniagaan kedai makan
c. Lain-lain
Nyatakan : …………………………


6. Berapakah bilangan pekerja di dalam syarikat/premis perniagaan tuan?
a. Kurang dari 10 orang
b. 11 – 20 orang
c. 21 orang ke atas

7. Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syrikat/premis perniagaan tuan/puan selepas kejadian banjir yang menimpa?
a. Kurang dari RM 5000
b. RM 5000 – RM 10 000
c. RM 10 000 – RM 20 000
d. RM 20 000 ke atas

BAHAGIAN B
Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan ketika dan selepas kejadian banjir.

ARAHAN :Bagi soalan hingga 1 - 11, sila bulatkan jawapan yang sesuai.
RUJUKAN :
1- Tidak Setuju 2- Kurang Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5-Amat Setuju
KETIKA
1. Kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan
1 2 3 4 5

2. Perniagaan lumpuh / tergendala
1 2 3 4 5
3. Masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan
sukar diperolehi 1 2 3 4 5

4. Masalah bantuan untuk menyelamatkan barangan ketika
banjir 1 2 3 4 5

5. Masalah terputus perhubungan ketika banjir 1 2 3 4 5

SELEPAS

1. Mengalami kerugian yang teruk
1 2 3 4 5

2. Menghadapi masalah mencari dan membina
perniagaan baru
1 2 3 4 5

3. Memerlukan modal yang besar untuk membuka
perniagaan semula 1 2 3 4 5

4. Masalah sambutan daripada pelanggan dalam
menarik minat untuk membeli barangan dan
perkhidmatan yang dijual 1 2 3 4 5


5. Proses pembaikan untuk memulihkan keadaan
banjir adalah mengambil tempoh yang agak
lama 1 2 3 4 5

6. Masalah bantuan kewangan lambat diterima 1 2 3 4 5

7. Masalah penyelenggaraan bahagian
penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran
perniagaan 1 2 3 4 5




8. Apakah persediaan tuan/puan dalam menghadapi bulan Disember dan
Januari?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN C : CADANGAN

1. Apakah cadangan/langkah yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat (kerajaan
@masyarakat dalam meminimakan impak banjir bagi melancarkan proses perniagaan dalam pembangunan Bandar setempat?

i) __________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

Perbincangan bersama ahli kumpulan URBAN ZONE..

Perbincangan bersama ahli kumpulan telah di adakan bagi membuat pembetulan terhadap kertas kerja cadangan kajian di Kota Tinggi. Pembetulan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Prof.Madya Dr.Hamzah Jusoh. Hasilnya kami membuat beberapa pembetulan termasuk perubahan tajuk yang lebih sesuai, soalan soal selidik dan skop dan fokus yang lebih penting dalam kajian akan datang di Kota Tinggi nanti.

Perbincangan bersama Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh.

Perbincangan kumpulan kami bersama Prof.Madya Dr. Hamzah Jusoh tentang kajian penyelidikan di Kota Tinggi, Johor pada 31 Ogos – 3 September.

Melalui perbincangan yang dijalankan terdapat beberapa perubahan yang telah dikenalpasti iaitu;

I. Tajuk
II. Skop kajian
III. Lokasi kajian
IV. Responden
V. Boring soal selidik perniagaan

Tuesday, August 21, 2007

Borang soal selidik.

BAHAGIAN A :LATAR BELAKANG PEKERJA
ARAHAN :Bagi soalan 1 hingga 8, sila tandakan ( / ) pada jawapan-jawapan / jawapan pilihan anda.

1.Jantina pekerja
a. Lelaki b. Perempuan
2.Bangsa
a. Melayu b. Cina c. India d. Lain-lain

3.Bilakah saudara/saudari mula bekerja?
a.Kurang dari 2 tahun
b. 2 tahun – 4 tahun
c.5 tahun – 10 tahun
d.10 tahun ke atas

4.Sejak tahun 2000-2007, berapa banyakkah saudara/
Saudari menukar pekerjaan selepas kejadian banjir
berlaku di kawasan anda?
a.Kurang dari 2 syarikat/premis perniagaan

b.2 syarikat/premis perniagaan – 4 syarikat/premis perniagaan

c.5 syarikat/premis perniagaan – 10 syarikat/premis perniagaan

d.10 syarikat/premis perniagaan



5.Apakah jenis perniagaan yang dijalankan di tempat anda berkerja?

a.Perniagaan kain
b.Perniagaan kedai makan
c.Lain-lain
Nyatakan : …………………………


6.Berapakah bilangan pekerja di dalam syarikat/premis perniagaan tuan?
a.Kurang dari 10 orang
b.11 – 20 orang
c.21 orang ke atas

7.Adakah syarikat/premis perniagaan tuan/puan mengalami banjir

a.Ya
b.Tidak

8.Adakah anda mempunyai pengalaman semasa kejadian banjir?
Iaitu syarikat/premis perniagaan tutup untuk sementara waktu
@ tutup disebabkan tidak dapat menanggung kerugian?
a.Ya
b.Tidak

BAHAGIAN B
Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan dan pekerja selepas kejadian banjir.

ARAHAN :Bagi soalan hingga 1 - 11, sila bulatkan jawapan yang sesuai.
RUJUKAN :
1- Tidak Setuju 2- Kurang Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5-Amat Setuju

1. Syarikat/premis perniagaan mengalami kerugian yang teruk 1 2 3 4 5

2.Menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan yang baru 1 2 3 4 5

3. Peluang pekerjaan tidak meluas selepas banjir 1 2 3 4 5
4. Menghadapi masalah menyara kehidupan diri sendiri dan
keluarga 1 2 3 4 5

5. Proses pembaikan/memulihkan keadaan banjir adalah
mengambil tempoh yang agak lama 1 2 3 4 5

BAHAGIAN A :LATAR BELAKANG SYARIKAT
ARAHAN :Bagi soalan 1 hingga 8, sila tandakan ( / ) pada jawapan-jawapan / jawapan pilihan anda.

1.Jantina pemilik syarikat/premis perniagaan
a. Lelaki b. Perempuan
2.Bangsa
a. Melayu b. Cina c. India d. Lain-lain

3.Bilakah syarikat/premis perniagaan ditubuhkan?
a.Kurang 5 tahun
b.4 – 10 tahun
c.10 – 15 tahun
d.15 tahun ke atas

4.Sejak tahun 2000-2005 berapa banyakah syarikat/premis perniagaan yang dijalankan odi sekitar kawasan ini ?
a.Kurang dari 10 syarikat/premis perniagaan

b.11 – 20 syarikat/premis perniagaan

c.21 – 30 syarikat/premis perniagaan

d.30 syarikat/premis perniagaan

5.Apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat/premis tuan/puan?

a.Perniagaan kain
b.Perniagaan kedai makan
c.Lain-lain
Nyatakan : …………………………


6.Berapakah bilangan pekerja di dalam syarikat/premis perniagaan tuan?
a.Kurang dari 10 orang
b.11 – 20 orang
c.21 orang ke atas

7.Adakah syarikat/premis perniagaan tuan/puan mengalami banjir

a.Ya
b.Tidak

8.Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syrikat/premis perniagaan tuan/puan selepas kejadian banjir yang menimpa?
a.Kurang dari RM 5000
b.RM 5000 – RM 10 000
c.RM 10 000 – RM 20 000
d.RM 20 000 ke atas




BAHAGIAN B
Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan dan pekerja selepas kejadian banjir.

ARAHAN :Bagi soalan hingga 1 - 11, sila bulatkan jawapan yang sesuai.
RUJUKAN :
1- Tidak Setuju 2- Kurang Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5-Amat Setuju

1. Mengalami kerugian yang teruk 1 2 3 4 5

2.Menghadapi masalah mencari dan membina 1 2 3 4 5

3. Memerlukan modal yang besar untuk membuka syarikat/
premis perniagaan 1 2 3 4 5

4. Masalah sambutan daripada pelanggan dalam menarik
minat untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dijual 1 2 3 4 5

6. Proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adala
mengambil tempoh yang agak lama 1 2 3 4 5










12. Lain-lain impak yang dihadapi/diterima, nyatakan:
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Kertas kerja...

TAJUK PENYELIDIKAN


Kajian : Hartanah
Aspek : Masa depan Syarikat dan premis perniagaan
Lokasi : Kampung Kelantan, Kota Tinggi

Pengenalan

Kajian penyelidikan yang akan kami jalankan berkaitan hartanah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan sesuatu Bandar.

Objektif

Selepas kajian rintis yang dijalankan, objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:

I.Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik syarikat/ premis perniagaan mahupun pekerja selepas fenomena banjir.
II.Mencadangkan langkah-langkah kepada pihak yang terlibat (kerajaan)@ masyarakat dalam mengatasi masalah banjir.


Skop Kajian

Bidang kajian kami adalah di Kampung Kelantan. Sasaran kami ialah untuk menjalankan penyelidikan terhadap syarikat dan premis perniagaan. Sebanyak 20 sampel soalan soal selidik telah dirangka. 10 responden diperlukan untuk mewakili pemilik syarikat dan premis perniagaan manakala 10 responden lagi diperlukan untuk mewakili pekerja syarikat/premis perniagaan tersebut

Responden

Responden yang kami perlukan dalam menjalankan penyelidikan kami adalah terdiri daripada pemilik syarikat/premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Kampung Kelantan. Selain itu, pekerja-pekerja syarikat/premis perniagaan tersebut juga diperlukan sebagai responden.

Kami memilih untuk menjalankan penyelidikan terhadap isu hartanah dengan bantuan pemilik dan pekerja syarikat/premis perniagaan ini kerana ingin melihat perbezaan impak yang dihadapi oleh pemilik dan pekerja syarikat/premis perniagaan.





Kaedah penyelidikan

Peringkat 1- Kajian rintis (3 Ogos 2007)
Perngkat 2- Pengumpulan data (31 Ogos-2 September

Data utama

I.Soal selidik
II.Pemerhatian

Data sekunder

I.Kajian literature
- buku
internet

Peringkat 3- Analisis data dan maklumat
Peringkat 4- Penulisan hasil kajian

Wednesday, August 8, 2007

Tinjauan Awal Ke Kawasan Kajian Di Kota Tinggi.

Kumpulan 4.

Tinjauan awal ke Kota Tinggi telah diadakan pada 2 Ogos 2007 hingga 3 Ogos 2007. Bagi menjalankan tinjauan awal dua orang pensyarah iaitu Prof. Madya. Dr. Hamzah Bin Jusoh dan Puan Marsitah Mohd Radzi serta 15 orang pelajar yang terdiri daripada ketua setiap kumpulan. Bas UKM telah digunakan untuk memudahkan perjalanan di dalam masa tinjauan awal ini. Tinjauan awal ini bertujuan untuk melihat sendiri kawasan yang terlibat di dalam banjir di Kota Tinggi terutama kawasan kampung dan taman yang teruk dilanda bencana banjir ini termasuk Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang. Kesan daripada banjir masih jelas dilihat di sekitar kawasan Kota Tinggi. Contohnya hakisan di Sungai Johor, sampah-sarap dan kesan lumpur pada dinding-dinding bangunan. Di dalam masa yang sama tinjauan awal ini bertujuan mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai tempatan di Kota Tinggi serta mendapatkan maklumat sebanyak yang mungkin bagi memudahkan pelajar merangka dan seterusnya menjalankan peyelidikan sebenar pada 31 Ogos hingga 3 September 2007. Selain itu, tinjauan awal ini penting bagi mengenalpasti tempat penginapan dan pengangkutan pelajar semasa menjalankan penyelidikan di kawasan kajian.

Bermulanya di sini...

Proses urbanisasi dan pembangunan di negara-nagara membangun seperti negara kita Malaysia telah mengakibatkan pelbagai kesan atau impak terhadap kehidupan rakyat dan persekitarannya. Rakyat di negara ini akan mengalami satu situasi yang bersifat kompleks atau sukar dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Inilah yang berlaku di negeri-negeri yang mengalami bencana banjir yang dasyat pada Disember 2006 dan Januari 2007 termasuk Johor, Pahang dan Kelantan. Namun begitu negeri yang paling terjejas di dalam bencana banjir kali ini ialah negeri Johor. Sebahagian besar bandar di negeri ini di tenggelami banjir. Bandar Perlancongan Bersejarah Kota tinggi adalah antara bandar di Johor yang teruk dilanda banjir. Bandar ini ditenggelami banjir sehingga 12 kaki dan melumpuhkan segala aktiviti kehidupan penduduk di bandar tersebut serta penduduk di sekitarnya. Bencana banjir ini bukan hanya menjejaskan kehidupan penduduk tetapi turut mengakibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan alam sekitarnya.

Dengan itu, mari kita sama-sama menyelami masalah penduduk di bandar ini akibat daripada bencana alam ini, dari segi sebab-sebab, dampak dan langkah yang sepatutnya di ambil bagi mengelakkan bencana ini berulang kembali di hari-hari mendatang. Musibah banjir ini memberi peringatan kepada kita semua dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadiannya.