Wednesday, August 8, 2007

Bermulanya di sini...

Proses urbanisasi dan pembangunan di negara-nagara membangun seperti negara kita Malaysia telah mengakibatkan pelbagai kesan atau impak terhadap kehidupan rakyat dan persekitarannya. Rakyat di negara ini akan mengalami satu situasi yang bersifat kompleks atau sukar dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Inilah yang berlaku di negeri-negeri yang mengalami bencana banjir yang dasyat pada Disember 2006 dan Januari 2007 termasuk Johor, Pahang dan Kelantan. Namun begitu negeri yang paling terjejas di dalam bencana banjir kali ini ialah negeri Johor. Sebahagian besar bandar di negeri ini di tenggelami banjir. Bandar Perlancongan Bersejarah Kota tinggi adalah antara bandar di Johor yang teruk dilanda banjir. Bandar ini ditenggelami banjir sehingga 12 kaki dan melumpuhkan segala aktiviti kehidupan penduduk di bandar tersebut serta penduduk di sekitarnya. Bencana banjir ini bukan hanya menjejaskan kehidupan penduduk tetapi turut mengakibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan alam sekitarnya.

Dengan itu, mari kita sama-sama menyelami masalah penduduk di bandar ini akibat daripada bencana alam ini, dari segi sebab-sebab, dampak dan langkah yang sepatutnya di ambil bagi mengelakkan bencana ini berulang kembali di hari-hari mendatang. Musibah banjir ini memberi peringatan kepada kita semua dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadiannya.

No comments: