Wednesday, August 8, 2007

Tinjauan Awal Ke Kawasan Kajian Di Kota Tinggi.

Kumpulan 4.

Tinjauan awal ke Kota Tinggi telah diadakan pada 2 Ogos 2007 hingga 3 Ogos 2007. Bagi menjalankan tinjauan awal dua orang pensyarah iaitu Prof. Madya. Dr. Hamzah Bin Jusoh dan Puan Marsitah Mohd Radzi serta 15 orang pelajar yang terdiri daripada ketua setiap kumpulan. Bas UKM telah digunakan untuk memudahkan perjalanan di dalam masa tinjauan awal ini. Tinjauan awal ini bertujuan untuk melihat sendiri kawasan yang terlibat di dalam banjir di Kota Tinggi terutama kawasan kampung dan taman yang teruk dilanda bencana banjir ini termasuk Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang. Kesan daripada banjir masih jelas dilihat di sekitar kawasan Kota Tinggi. Contohnya hakisan di Sungai Johor, sampah-sarap dan kesan lumpur pada dinding-dinding bangunan. Di dalam masa yang sama tinjauan awal ini bertujuan mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai tempatan di Kota Tinggi serta mendapatkan maklumat sebanyak yang mungkin bagi memudahkan pelajar merangka dan seterusnya menjalankan peyelidikan sebenar pada 31 Ogos hingga 3 September 2007. Selain itu, tinjauan awal ini penting bagi mengenalpasti tempat penginapan dan pengangkutan pelajar semasa menjalankan penyelidikan di kawasan kajian.

No comments: