Wednesday, September 19, 2007

PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

TENTATIF PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

SABTU: 01 SEPTEMBER 2007
08.00am: Berkumpul di Foyer FSSK
08.30am: Bertolak ke Kota Tinggi
02.00pm: Sampai di Kota Tinggi/Check In Hotel
03.00pm: Menjalankan kerja lapangan
06.00pm: Tamat sesi pertama kerja lapangan
07.00pm: Rehat dan Solat
08.00pm: Aktivii bebas/perbincangan kumpulan
11.00pm: Tidur

AHAD: 02 SEPTEMBER 2007
09.00am: Menjalankan kerja lapangan
02.00pm: Berkelah di Air Terjun Kota Tinggi/ Desaru (KIV)
03.00pm: Pulang
08.00pm: Aktiviti bebas/ perbincangan kumpulan
11.00pm: Tidur

ISNIN: 03 SEPTEMBER 2007
09.00am: Menjalankan kajian lapangan (di Bandar Kota Tinggi)
12.00pm: Check Out Hotel
01.00pm: Menjalankan kajian lapangan
04.00pm: Pulang ke UKM

Catatan kerja lapangan di Kota Tinggi

Kumpulan Urban@Zone

Hari pertama

Program bermula pada hari Sabtu, 1 September 2007. Semua pelajar yang mengikuti kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan Demografi Pembangunan bersama pensyarah Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh telah berkumpul di hadapan Foyer FSSK pada pukul 8.00 pagi. Kami bertolak dari UKM ke tapak kajian di Kota Tinggi pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki tiga buah bas. Pada kira-kira pukul 2.00 petang semua pelajar telah sampai ke destinasi yang dituju di Bandar Perlancongan Bersejarah Kota Tinggi, Johor. Setelah sampai pelajar dihantar ke tempat penginapan yang telah ditetapkan iaitu di Hotel Waterlilies bagi pelajar Lelaki manakala Hotel Pilton bagi pelajar perempuan. Selepas berehat selama satu jam kami telah memulakan program kerja lapangan sesi pertama. Kumpulan kami menggunakan borang soal selidik yang diserahkan kepada para responden bagi memungut data. Kami memperoleh data daripada responden iaitu dari kalangan pemilik perniagaan berskala di sekitar Bandar Kota Tinggi. Pada kira-kira pukul 6.00 petang kami pulang ke penginapan masing-masing. Pada sebelah malam kami mengadakan aktiviti bebas dan perbincangan bersama ahli kumpulan. Selepas selesai aktiviti tersebut kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.

Hari kedua

Hari kedua pada hari Ahad 2 September 2007 dimulakan dengan menyambung semula kerja lapangan sesi kedua di sekitar Bandar Kota Tinggi. Pada hari kedua ini, kami berjaya memperoleh sasaran 30 orang responden yang dikehendaki dalam memenuhi objektif kajian ini. Pada pukul 1.00 kami pulang semula ke hotel penginapan masing-masing untuk bersolat dan berehat. Pada pukul 2.00 petang kami dijangka akan pergi ke salah satu tempat pelancongan di Johor iaitu Air Terjun Kota Tinggi atau Desaru, namum program yang dirancang itu tidak dapat diadakan akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakan. Dengan itu kami hanya dapat bersiar-siar di tempat-tempat menarik sekitar Bandar Kota Tinggi sahaja. Pada sebelah malam seperti hari pertama kami melakukan aktiviti bebas dan perbincangan bersama ahli kumpulan.

Hari ketiga

Pada hari terakhir iaitu pada hari Isnin 3 September 2007 kami menjalankan kajian di bandar. Pada pukul 12.00 petang kami berkemas semua barangan untuk keluar dari hotel penginapan. Setelah selesai, kami bergerak ke pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi untuk memperolehi data sekunder. Di pejabat tersebut kami diberi maklumat oleh para pegawai-pegawai berkaitan tajuk kami iaitu dari bahagian kesihatan dan pelesanan peniagaan. Setelah selesai kami bertolak pulang ke UKM pada 4.00 petang.

Pandangan terhadap aktiviti kerja lapangan

Secara keseluruhan kami amat berpuas hati dengan hasil kajian yang kami jalankan ini, walaupun menghadapi sedikit masalah seperti pemilik perniagaan enggan bekerjasama, cuaca yang tidak menentu dan kelewatan berkumpul oleh para pelajar pada masa yang telah ditetapkan . Kami berharap segala data dan cadangan yang kami peroleh dalam kajian ini dapat sedikit sebanyak membantu bagi pembangunan di bandar-bandar seperti di Kota Tinggi. Di dalam menjalankan kajian ini juga banyak memberi pengalaman berguna kepada kami seperti mana yang telah diceritakan oleh para responden iaitu agar tidak mengabaikan alam sekitar dalam menjalankan sesuatu projek pembangunan. Ini kerana alam sekitar seperti sungai, hutan dan sebagainya amat penting kepada kehidupan manusia. Dengan itu, pembangunan lestari dan terancang haruslah digunakan agar pembangunan dan alam sekitar dapat diseimbangkan.

No comments: