Sunday, September 23, 2007

Johor cipta sejarah baru -- Wilayah Pembangunan Iskandar bakal dijadikan bandar raya metropolis

Oleh Zaharuddin Mohd. Ali dan Lukman Ismail

Dari Utusan Malaysia


JOHOR BAHRU 4 Nov. – Kerajaan hari ini secara rasmi melancarkan pelan pembangunan terbesar dalam sejarah negara ini bagi mengubah sebuah kawasan seluas 2 1/2 kali Singapura di selatan Johor kepada sebuah bandar raya metropolis.
Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.
Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.
Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.
Berucap pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menjayakan pembangunan wilayah baru ini, sebanyak RM4.3 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan.
Pada masa yang sama, katanya, syarikat milik kerajaan (GLC), seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Abdullah yakin, WPI dijangka mampu menarik pelaburan awal bernilai RM10 bilion.
WPI dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail di Teluk Danga di sini.
Ketika bertitah pada majlis itu, baginda menyampaikan rasa gembira kerana negeri Johor dipilih sebagai pusat pertumbuhan itu dan berharap WPI membuka peluang kepada semua pihak.
“Saya harap wilayah selatan Johor ini akan membuka peluang kepada kita semua, yang faedah-faedahnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Johor.
“Saya yakin ia akan berjaya dengan kerjasama dan muafakat semua pihak. Muafakat membawa berkat,” titah baginda.
Kira-kira 5,000 orang menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, beberapa menteri Kabinet, ahli-ahli Exco dan pegawai kanan kerajaan di samping tokoh-tokoh korporat.
Antara menteri Kabinet yang hadir termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek.
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.
Keunikan WPI juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru.
Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan yang besar untuk membangunkan ekonomi Johor.
Pada majlis itu, baginda turut mencemar duli meletakkan kapsul masa sebagai ikonik pembangunan tersebut yang akan disimpan sehingga tahun 2025.



Ulasan laporan akhbar.

Dari Utusan Malaysia 4 November 2006


Petikan melaporkan tentang pelancaran pelan pembangunan terbesar dalam sejarah negara bagi mengubah kawasan seluas 2 ½ kali Singapura di selatan Johor kepada sebuah bandar raya metropolis. Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara. Berucap pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menjayakan pembangunan wilayah baru ini, sebanyak RM4.3 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan WPI dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail di Teluk Danga.Ketika bertitah pada majlis itu, baginda menyampaikan rasa gembira kerana negeri Johor dipilih sebagai pusat pertumbuhan itu dan berharap WPI membuka peluang kepada semua pihak. Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Pada pandangan saya, pelancaran ini WPI adalah satu langkah terbaik yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan sesebuah kawasan. WPI akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menjalankan sesebuah projek berskala besar di kawasan itu pada masa akan datang. Selain itu, WPI juga akan kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.

No comments: