Wednesday, September 19, 2007

KERTAS KERJA DAN SOAL SELIDIK AKHIR YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN.

SKAD 2063
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

KUMPULAN: URBAN@ZONE

TAJUK KAJIAN : HARTANAH
“Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)
di Bandar Kota Tinggi”

NAMA PENSYARAH

Prof.Madya Dr. Hamzah Jusoh
Pn. Masitah Mohd Radzi


DISEDIAKAN OLEH:

1. Wan Muhamad Faisal Bin Wan Zahidi A116085
2. Anas Anzari Bin Abdul Halim A113093
3. Azmah Binti Zakaria A115715
4. Siti Zuraida Binti Mohd Khir Zaman A112479




KAJIAN PENYELIDIKAN

Kajian : Hartanah
Aspek : Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)
Lokasi : Bandar Kota Tinggi, Johor.

1.1 Pengenalan

Kajian penyelidikan yang akan kami jalankan berkaitan hartanah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan sesuatu Bandar.Kajian penyelidikan yang akan dijalankan adalah berdasarkan kajian rintis yang telah dibuat pada 2hb Ogos 2007 hingga 3hb ogos 2007. Kajian ini akan memfokuskan kepada impak dan masa depan premis perniagaan selepas fenomena banjir melanda pada penghujung bulan Disember 2006 hingga Januari 2007.

1.2 Persoalan kajian
Fokus kajian kami ialah kepada pengusaha premis perniagaan berskala sederhana sebagai responden utama dalam kajian ini. Bidang kajian yang dititikberatkan adalah berdasarkan kajian hartanah terhadap aspek impak dan masa depan perniagaan dalam pembangunan sesuatu bandar khususnya di Bandar Kota Tinggi.Kajian penyelidikan yang akan dijalankan adalah berdasarkan permasalahan kajian yang telah dikenal pasti. Oleh yang demikian kami telah memilih kajian penyelidikan tentang “Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana) di Bandar Kota Tinggi.

Permasalahan kajian yang telah dikenalpasti setelah kajian rintis yang telah dibuat di Bandar Kota Tinggi. Permasalahan kajian diperolehi apabila timbul isu-isu yang berkaitan premis perniagaan lumpuh iaitu tutup disebabkan fenomena banjir yang melanda di Bandar Kota Tinggi, malah apabila ramai pihak yang menceritakan saat-saat banjir yang melanda di kawasan mereka. Permasalahan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan penerangan berkaitan banjir oleh Ketua Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ketua Kampung Kelantan, JKK kampung, AJK Taman Kemang serta pemilik-pemilik kedai

yang telah menceritakan pengalaman mereka semasa banjir melanda di kawasan mereka dan kesan kepada perniagaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Kajian penyelidikan akan dilakukan setelah beberapa objektif yang telah disasarkan. Setelah permasalahan kajian dikenalpasti, kami telah membuat perancangan dalam merangka susunan peringkat kajian yang akan dibuat. Oleh sebab itu, kami telah menggariskan beberapa objektif yang akan dicapai serta kaedah atau metodologi yang akan digunakan dalam mencapai matlamat kajian penyelidikan ini.


1.3 Objektif Penyelidikan

Selepas kajian rintis yang dijalankan, objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:

I. Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan selepas fenomena banjir melanda.

II. Mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan beban kerugian yang ditanggung di kalangan peniaga berskala sederhana.


1.4 Skop Kajian

Lokasi kajian adalah di kawasan Bandar Kota Tinggi. Sasaran kami ialah untuk menjalankan kajian penyelidikan terhadap syarikat dan premis perniagaan yang berskala sederhana.

I. Bidang kajian:
Tertumpu kepada pemilik perniagaan yang berskala sederhana sahaja.Sebanyak 30 sampel soalan soal selidik telah dirangka. Kajian ini juga untuk mengenalpasti terhadap premis yang telah beroperasi selepas fenomena banjir yang melanda di kawasan ini iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi.



II. Responden:
Responden yang diperlukan dalam menjalankan penyelidikan kami adalah terdiri daripada pemilik syarikat/premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi. 30 responden ini mewakili pemilik premis perniagaan.

1.5 Metodologi Penyelidikan


Seterusnya bagi mencapai matlamat dan objektif sebenar kajian penyelidikan ini, terdapat beberapa prosedur yang telah diatur secara berperingkat agar segala maklumat dan data yang diperolehi dapat menjamin kelancaran perjalanan kajian penyelidikan yang bertajuk “Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)”.

Data-data untuk kajian ini dikumpulkan melalui beberapa cara, antara peringkat-peringkat kajian, ia boleh dipecahkan seperti berikut:


1.5.1 Kajian Literatur

Pada peringkat pertama, kajian literatur bertujuan untuk mendapatkan kefahaman konsep dan gambaran awal mengenai permasalahan yang wujud. Di peringkat pengumpulan data, kajian literatur membantu di dalam menambahkan maklumat dalam kajian penyelidikan yang akan dibuat pada 31 Ogos 2007 nanti, serta kaedah-kaedah yang diperlukan di dalam membuat penganalisisan maklumat kajian penyelidikan yang akan datang.

Kajian ini dimulakan dengan membuat kajian permulaan dengan membuat kajian literatur dan kajian rintis. Ia dijalankan dengan memahami tentang permasalahan yang wujud semasa iaitu ketika fenomena banjir melanda dan kesan selepas kejadian tersebut. Seterusnya rangka atau carta alir metodologi penyelidikan yang telah diaturkan akan lebih membantu dalam memantapkan lagi kajian penyelidikan yang akan dijalankan

Umumnya, perniagaan merupakan satu aktiviti urusan jual beli di antara satu pihak dengan satu
pihak yang lain. Dalam konteks kajian penyelidikan yang akan dijalankan , kajian ini berteraskan kepada objektif yang telah digariskan. Objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan selepas fenomena banjir melanda dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan beban kerugian yang ditanggung di kalangan peniaga berskala sederhana.

Bidang perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Menurut Gilder (1984), sesuatu perniagaan yang dijalankan ataupun lebih tepat lagi pembentukan urusniaga adalah penting untuk mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia menciota peluang pekerjaan yang baru, menambah keupayaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Ini dapat menunjukan bahawa pembangunan ekonomi dapat dikaitkan dengan pembangunan negara itu sendiri. Oleh itu, pembangunan yang

diinginkan hari ini dapat diselaraskan dengan pembangunan ekonomi negara yang stabil dengan berkembanganya sektor perniagaan di negara kita.

Perkembangan dalam bidang perniagaan dapat dikaitkan denagn pertambahan bilangan usahawan yang ada di negara kita. Bilangan individu yang menyertai bidang perniagaan juga telah meningkat dari setahun ke setahun.Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, sepanjang tempoh tahun1995 hingga tahun 2000 peningkatan dalam bilangan usahawan berlaku pada kadar 75.79%. Perkembangan bidang perniagaan di Malaysia adalah satu perkembangan yang sihat bagi menjamin kemajuan ekonomi di Malaysia secara amnya, malah memajukan negara kita secara khususnya.

Pelbagai faktor yang mendorong seseorang usahawan yang ingin menceburkan diri atau membuka perniagaan adalah seperti, Faktor persekitaran, keperluan asas untuk hidup, faktor demografi dan faktor persepsi masyarakat. Faktor-faktor ini dapat digunapakai dalam kajian penyelidikan yang kami kaji yang memfokuskan kepada fenomena banjir yang akan memberi impak sesuatu perniagaan. Perniagaaan tidak dapat dijalankan sekiranya faktor-faktor ini tidak dapat dipenuhi dan ia akan telah menghalang dalam proses perniagaan untuk berkembang maju.

Kajian penyelidikan yang akan dilakukan di Bandar Kota Tinggi adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana fenomena kejadian banjir di Kota Tinggi dapat mempengaruhi serta memberi kesan yang mendalam atau tidak kepada golongan peniaga di kawasan tersebut. Di sini kami ingin melihat samaada fenomena ini memberi kesan kepada golongan peniaga di Kota Tinggi serta menganalisis impak yang dihadapi oleh peniaga dan ingin melihat apakah masa depan golongan peniaga setelah fenomena banjir yang melanda di Bandar Kota Tinggi khususnya. Oleh yang demikian kami telah memilih tajuk “Impak dan Masa Depan Perniagaan (berskala sederhana)” sebagai tajuk kajian penyelidikan.

BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A :LATAR BELAKANG SYARIKAT
ARAHAN :Bagi soalan 1 hingga 6, sila tandakan ( / ) pada jawapan-jawapan / jawapan pilihan anda.
1. Jantina pemilik perniagaan
a. Lelaki b. Perempuan

2. Bangsa
a. Melayu b. Cina c. India d. Lain-lain

3. Bilakah syarikat/premis perniagaan ditubuhkan?
a. Kurang 5 tahun
b. 4 – 10 tahun
c. 10 – 15 tahun
d. 15 tahun ke atas


4. Apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat/premis tuan/puan?

a. Perniagaan kain
b. Perniagaan kedai makan
c. Lain-lain
Nyatakan : …………………………

5. Berapakah bilangan pekerja di dalam syarikat/premis perniagaan tuan?
a. Kurang dari 10 orang
b. 11 – 20 orang
c. 21 orang ke atas

6. Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syrikat/premis perniagaan tuan/puan selepas kejadian banjir yang menimpa?
a. Kurang dari RM 5000
b. RM 5000 – RM 10 000
c. RM 10 000 – RM 20 000
d. RM 20 000 ke atas

BAHAGIAN B : Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik perniagaan ketika dan selepas kejadian banjir.

ARAHAN :Bagi soalan (a) hingga (b), sila bulatkan jawapan yang sesuai.
RUJUKAN :
1- Tidak Setuju 2- Kurang Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5-Amat Setuju
(a) KETIKA
1. Kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan
1 2 3 4 5
2. Perniagaan lumpuh / tergendala 1 2 3 4 5

3. Masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan
sukar diperolehi 1 2 3 4 5

4. Berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan ketika banjir
1 2 3 4 5

5. Masalah terputus perhubungan ketika banjir
1 2 3 4 5

(b) SELEPAS
1. Mengalami kerugian yang teruk 1 2 3 4 5

2. Menghadapi masalah mencari dan membina
perniagaan baru 1 2 3 4 5

3. Memerlukan modal yang besar untuk membuka
perniagaan semula 1 2 3 4 5

4. Proses pembaikan untuk memulihkan keadaan
banjir adalah mengambil tempoh yang agak
lama 1 2 3 4 5

5. Masalah bantuan kewangan lambat diterima 1 2 3 4 5

6. Wujudkah masalah penyelenggaraan bahagian
penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran
perniagaan 1 2 3 4 5

7. Apakah persediaan tuan/puan dalam menghadapi bulan Disember dan Januari?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

BAHAGIAN C : CADANGAN

1. Apakah cadangan/langkah yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat (peniaga
@ masyarakat dalam meminimakan impak banjir bagi melancarkan proses perniagaan dalam pembangunan “Bandar” setempat?

i) _________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

No comments: